KANDAHAR: Pergerakan Taliban mengeluarkan ancaman menyerang pusat pengundian, meningkatkan lagi amaran kepada rakyat Afghanistan agar memulaukan pilihan raya Presiden Afghanistan minggu ini.
Ancaman itu terkandung dalam risalah dipasang dan ditaburkan di seluruh perkampungan selatan Afghanistan, disahkan seorang jurucakap Taliban dan dikeluarkan sehari selepas serangan bunuh diri di luar ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Kabul.
Kira-kira 17 juta rakyat Afghanistan yang layak mengundi, dijangka menunaikan tanggungjawab untuk memilih presiden bagi penggal kedua Khamis ini membabitkan 420 majlis wilayah yang terus-menerus diancam masalah keselamatan dan logistik.
Risalah itu menggunakan beberapa bahasa berlainan, merujuk kepada komander tempatan berbeza di wilayah yang menjadi kubu kuat Taliban di negara itu.
"Ini adalah untuk memberi makluman kepada penduduk bahawa anda tidak boleh menyertai pilihan raya bagi memastikan anda tidak menjadi mangsa operasi kami, kerana kami akan menggunakan taktik baru," kata satu risalah yang diedarkan di Kandahar.
Teks risalah dimulakan dengan surah al-Quran yang menggesa umat Islam agar tidak menjalin hubungan atau bekerjasama dengan musuh Islam.
Risalah terbabit ditandatangani Mullah Ghulan Haidar, komander operasi militan di Kandahar. Ia turut menyatakan bahawa pengundi, sebagai sekutu kerajaan Afghanistan dan pasukan keselamatan asing, akan dianggap sebagai musuh Islam.
"Semua orang sudah dimaklumkan bahawa anda tidak boleh menyewakan hartanah untuk dijadikan pusat mengundi dan jika sesiapa melakukannya, walaupun selepas pilihan raya, akan berdepan masalah," kata risalah itu. AFP
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090816232333/Article/indexworld_html
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment