Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Saturday, August 22, 2009
Calon janji hormati keputusan
POSTER Abdullah turut terpampang pada bangunan yang dalam pembinaan di Afghanistan.
Karzai, Abdullah akur pilihan jawatan Presiden Afghanistan
KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai dan pencabar utamanya yang mendakwa masing-masing memenangi pilihan raya presiden, memberi jaminan menghormati keputusan walaupun bimbang wujud ketegangan etnik.
Wakil Amerika Syarikat, Richard Holbrooke menemui Karzai dan bekas menteri luar, Abdullah Abdullah di Kabul kelmarin, sehari selepas pilihan raya walaupun berlaku keganasan dan ancaman Taliban untuk mengganggu pengundian.
Mereka mendakwa bakal memenangi undi majoriti lebih 50 peratus untuk mengelak pilihan raya pusingan kedua Oktober ini.
Pilihan raya itu ujian besar bagi Karzai selepas lapan tahun menjadi presiden dan juga bagi strategi Presiden Barack Obama di rantau itu selepas menghantar beribu-ribu tentera tambahan menentang Taliban dan sekutunya selain bertujuan menstabilkan Afghanistan.
Ditanya apakah beliau bimbang calon mendahului akan menghasut penyokong mereka jika keputusan tidak memuaskan, Holbrooke berkata:
"Mereka menyatakan tidak berbuat demikian dan menghormati keputusan."
Keputusan awal pilihan raya presiden itu dapat diketahui dua minggu lagi.
Pemerhati pilihan raya berkata pusingan kedua antara Karzai, etnik Pashtun dan Abdullah yang mendapat sokongan Tajiks di utara mungkin berisiko memecah belahkan negara itu dan bantahan terhadap keputusan berkenaan mungkin mencetuskan ketegangan. Reuters
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090823002150/Article/indexworld_html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment