KABUL: Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya Afghanistan mengira jumlah undi selepas pilihan raya Presiden kelmarin, penyokong kedua-dua calon utama yang bertanding mendakwa berjaya mendahului calon lawan mereka.
Namun, Timbalan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas, Zekria Barakzai, berkata beliau tidak dapat mengesahkan dakwaan menyatakan Presiden Hamid Karzai sudah memenangi pilihan raya itu. Penyokong calon pembangkang, Abdullah Abdullah juga mendakwa mendahului Karzai dalam pengiraan undi.
"Keputusan yang kami terima daripada pemerhati di pusat mengira undi, kami mendapat 63 peratus dan Hamid Karzai memperoleh 31 peratus," kata Sayed Aqa Fazil Sancharaki kepada AFP menerusi telefon.
"Ini bukan keputusan muktamad. Kami masih menerima lebih banyak keputusan daripada pegawai kami di tempat mengundi. Mungkin esok baru habis," kata Zekria.
Sebelum pilihan raya kelmarin, pemerhati berkata kempen bertenaga oleh penyokong bekas Menteri Luar, Abdullah, yang kuat di kawasan utara, mungkin menyebabkan pilihan raya pusingan kedua terpaksa diadakan dalam tempoh enam minggu.
Tinjauan pendapat sebelum pilihan raya meletakkan Abdullah pada 26 peratus sokongan.
Pasukan kempen Karzai, yang menang pilihan raya Presiden lalu dengan 55.5 peratus undi pada 2004, juga mendakwa mendahului dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu di MAZAR-I-SHARIF, puak Taliban menyerang sebuah kenderaan yang membawa peti undi, menyebabkan seorang pegawai pilihan raya terbunuh dan beberapa peti undi terbakar di utara Afghanistan. AFP/Reuters
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20090821234232/Article/indexworld_html
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Friday, August 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment