KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai yang mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua semalam berjanji akan membanteras rasuah, sambil mempelawa pesaing terdekatnya, Abdullah Abdullah untuk menyertai kerajaannya.
Karzai yang dikecam hebat kerana tidak bertindak tegas untuk menghapuskan gejala rasuah pada penggal pertama pemerintahannya, mengakui rasuah adalah masalah 'bahaya' dihadapi negaranya.
"Kita akan menganjurkan satu persidangan di Kabul untuk mencari jalan untuk menangani masalah ini," katanya dalam ucapan selepas majlis angkat sumpah yang turut dihadiri menteri luar asing, termasuk setiausaha negara Amerika Syarikat Hillary Clinton di Kabul semalam. Karzai mempelawa bekas menteri luarnya Abdullah untuk menyertai kerajaan perpaduan.
"Kita harus mempelajari daripada kesilapan dan kelemahan sejak lapan tahun lalu," kata presiden 51 tahun itu yang memulakan penggal lima tahun kedua.
Beliau berkata kerajaannya akan melakukan segala-galanya untuk melaksanakan pembaharuan dan berkata pasukan keselamatan Afghanistan berupaya mengambil alih kawalan negara itu daripada tentera antarabangsa dalam lima tahun.
Beliau yakin masalah keganasan antarabangsa dalam negaranya akan dapat diselesaikan.
"Kami akan sedaya upaya mencuba melaksanakan pembaharuan sosial, kehakiman dan pentadbiran," kata Karzai. – AFP
Sumber: http://bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20091120003338/Article/indexworld_html

No comments:
Post a Comment