KABUL: Pihak berkuasa pilihan raya Afghanistan menangguhkan keputusan berperingkat yang sepatutnya dikeluarkan semalam, berhubung pilihan raya presiden yang banyak dicemari dakwaan penipuan.
Keputusan dari pusat undian seterusnya akan dikeluarkan sama ada hari ini atau esok, kata seorang jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas (IEC).
"Ia disebabkan masalah teknikal menyebabkan kita tidak dapat membuat sebarang pengumuman hari ini," kata Marzia Siddiqi kepada AFP.
Beliau berkata IEC berharap untuk menyiarkan keputusan awal pilihan raya itu dalam pengumuman akan datang. Keputusan akhir hanya akan diketahui sebelum 17 September.
IEC menyiarkan sedikit demi sedikit keputusan pilihan raya sejak ia diadakan 20 Ogos lalu.
Berdasarkan pengumuman sebelum ini, kedua-dua pesaing bagi jawatan presiden iaitu penyandang, Hamid Karzai dan Abdullah Abdullah masing-masing mendakwa mendahului undi.
Abdullah, bekas Menteri Luar juga mendakwa berlaku penipuan oleh penyokong Karzai dan mengancam menolak sebarang keputusan yang dianggapnya tercemar.
Keputusan terkini dikeluarkan 3 September menunjukkan Karzai mendahului dengan 47.3 peratus daripada keputusan 60 peratus pusat undian.
Daripada 3.69 juta penduduk yang layak mengundi, Karzai memenangi 1.74 juta manakala Abdullah 1.2 juta atau 32.6 peratus, umum IEC.
Pemenang perlu memperoleh 51 peratus undi atau lebih untuk mengelak pengundian pusingan kedua. AFP
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090905233045/Article/indexworld_html
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Saturday, September 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment