Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Sunday, April 26, 2009
Kejayaan awal Afghanistan memerangi dadah
SEORANG anggota polis anti-narkotik Afghanistan melontar sebungkus kotak berisi dadah yang dirampas ke dalam unggun api pada acara memusnahkan 6 metrik tan pelbagai jenis najis dadah yang dirampas dalam operasi sejak empat bulan lalu di luar Kabul, semalam.- AFP
KABUL 26 April - Pasukan keselamatan anti-dadah Afghanistan memusnahkan 6 metrik tan dadah dan bahan kimia bagi membuatnya dalam unggun api yang menjadi simbol kepada kejayaan negara itu dalam memerangi industri penanaman popi ganja dan heroin.
Dadah-dadah tersebut, yang dibakar di luar Kabul, telah dirampas oleh pihak berkuasa dalam tempoh tiga hingga empat bulan lalu, kata Menteri Anti Narkotik Afghanistan, Jeneral Khodaidad.
Ini adalah kejayaan besar dalam memerangi keganasan, terhadap orang yang mengeluarkan pokok popi. Hasil daripada popi lazimnya diguna bagi menyokong keganasan di negara ini,'' ujarnya.
Puak Taliban dan lain-lain ketua puak mungkin telah meraih hasil hampir setengah bilion dolar daripada perdagangan dadah Afghanistan pada tahun lalu, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah.
Khodaidad mengakui bahawa dadah yang dibakar itu hanyalah sekelumit daripada industri dadah yang besar di negara itu.
Laporan PBB tahun lalu, menganggarkan negara itu mengeluarkan 7,000 metrik tan ganja dengan nilai eksport dianggarkan AS$3.4 bilion (RM11.9 bilion). - AP
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment