Sekelumit Rasa Sejernih Suasana

Friday, April 10, 2009

Tentera Amerika mengaku bunuh bayi


SEORANG penduduk melihat mayat bayi yang terbunuh akibat serangan udara tentera Amerika di perkampungan Gurbuz, Khost.

KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan 'pejuang' selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.



Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh 'empat pejuang.'

"Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini."Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu," kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.

Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda.

Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan.

Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.

Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.

"Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan," kata Ghazuddin. – AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20090411003131/Article/indexworld_html

No comments:

Post a Comment