KABUL 4 Mei - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini secara rasmi mendaftarkan diri sebagai calon pada pilihan raya Presiden negara ini, yang dijadual diadakan pada 20 Ogos ini.
Beliau turut menamakan Naib Presiden, Karim Khalili dan bekas Naib Presiden, Qasim Fahim sebagai gandingan beliau bagi mengisi jawatan nombor dua tertinggi dalam kerajaan negara ini.
Karzai yang memimpin Afghanistan sejak kejatuhan Taliban pada 2001, pada minggu lepas mengesahkan beliau akan bertanding semula bagi mengekalkan jawatannya.
Calon-calon lain bagi jawatan Presiden dan dua kerusi Naib Presiden mempunyai tempoh seminggu lagi untuk mendaftarkan diri.
Karzai berasal daripada kumpulan etnik terbesar di negara ini iaitu Pashtun, manakala Fahim daripada kaum minoriti Tajik dan Khalili pula mewakili kaum Hazara.
Tiket itu menunjukkan keseimbangan antara tiga rumpun etnik terbesar di Afghan.
Ketiga-tiga mereka tampil bersama di pejabat suruhanjaya pilihan raya di Kabul untuk mendaftarkan pencalonan masing-masing. - Reuters
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0505&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_15.htm
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Monday, May 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment