Hillary minta maaf kematian orang awam di Afghanistan
KABUL: Serangan udara terbaru Amerika Syarikat terhadap sasaran Taliban di dua kampung sebelah barat Afghanistan, sekali lagi membawa tragedi apabila 30 penduduk awam, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, kata pegawai Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), semalam.
Berikutan itu, Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, menegaskan beliau akan membangkitkan tragedi berkenaan apabila bertemu dengan Presiden Amerika, Barack Obama.
Pegawai Amerika dan Nato sebaliknya menuduh militan Taliban berlindung di rumah penduduk menyebabkan orang awam menghadapi risiko terbunuh.
Penduduk kampung memberitahu mereka meletakkan kanak-kanak, wanita dan warga tua dalam beberapa kawasan perumahan di kampung Gerani untuk memastikan keselamatan mereka, tetapi pesawat tempur Amerika turut mensasarkan kawasan itu.
"Sepasukan anggota ICRC mengunjungi dua kampung di wilayah Farah itu, kelmarin dan mereka melihat 'berpuluh-puluh mayat di dua lokasi itu'," kata jurucakap pertubuhan berkenaan, Jessica Barry.
"Kami lihat mayat, kubur dan penduduk kampung sedang mengebumikan mangsa ketika kami di berada sana. Kami mengesahkan antara korban, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata Barry.
"Penduduk kampung membawa mayat, termasuk kanak-kanak perempuan ke Farah untuk ditunjukkan kepada gabenor wilayah itu kelmarin," kata anggota majlis perbandaran Farah, Abdul Basir Khan. Beliau menganggarkan penduduk kampung membawa 30 mayat.
"Karzai sudah mengarahkan siasatan terhadap pembunuhan itu dan tentera Amerika menghantar seorang brigadier jeneral ke Farah untuk mengetuai penyiasatan bagi pihak mereka," kata jurucakap tentera Amerika, Kolonel Greg Julian.
Pegawai tentera dan polis Afghanistan juga sebahagian pasukan siasatan.
Karzai yang kini berada di Amerika berjanji membangkitkan isu kematian penduduk awam itu dengan Obama, menurut kenyataan pejabatnya. Kedua-dua pemimpin itu dijadualkan mengadakan pertemuan bersemuka buat kali pertama lewat semalam. � AP
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090506223411/Article/index_html
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Wednesday, May 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment