SEORANG pelajar menerima suntikan di sebuah hospital selepas terhidu bau busuk di Sekolah Rendah Qazaaq, Kapisa semalam. MUHMUD RAQI - Sekumpulan pegawai dan doktor mendakwa seramai 89 pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mereka jatuh sakit kerana terhidu bau busuk di timur Afghanistan.
Seorang doktor yang merawat pelajar itu, Aziz Agha berkata, kejadian ketiga dalam tempoh tiga minggu itu menyebabkan pelajar mengalami sakit kepala, muntah dan menggeletar.
Aziz merawat pelajar itu di wilayah Kapisa.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemeri Bashary berkata, pelajar itu dihantar ke hospital sejurus selepas mereka tiba di sekolah semalam.
Pelajar itu mendakwa mereka terhidu bau busuk di pekarangan sekolah sebelum jatuh sakit serta-merta.
Aziz berkata, 89 murid itu adalah sebahagian daripada 94 pesakit.
Menurutnya, sebanyak tiga guru dan dua pengawal keselamatan sekolah turut jatuh sakit.
Kes berkenaan adalah susulan daripada dua kes keracunan gas di sekolah-sekolah khusus untuk perempuan di wilayah Parwan.
"Saya berasa pening dan sakit kepala. Beberapa pelajar membawa saya pulang sebelum mereka menghantar saya ke hospital," kata seorang pelajar, Tahira yang berumur 11 tahun di sebuah hospital.
Zemeri berkata, beberapa pegawai mengesyaki berlaku keracunan gas.
Pihak polis kini masih melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. - Agensi
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm
No comments:
Post a Comment