Sekelumit Rasa Sejernih Suasana

Tuesday, May 12, 2009

Pejuang Taliban serang premis kerajaan di Khost

David McKiernan
GAMBAR fail menunjukkan pejuang Taliban lengkap bersenjata sentiasa sedia melakukan serangan terutama terhadap tentera Amerika.

Kehadiran ramai tentera Amerika dipercayai punca serangan

KABUL: Kira-kira 30 pejuang Taliban yang memakai jaket bom dan menggunakan raifal AK-47 serta bom tangan, menyerang bangunan kerajaan di Khost, lapor al-Jazeera.

Pertempuran semalam berterusan dan semua jalan raya ke dan keluar daripada bandar raya berkenaan ditutup.
Wartawan al-Jazeera di Kabul, Zeina Khodr, berkata jurucakap Taliban memberitahu stesen televisyen satelit itu 30 pejuang di bandar raya Khost mensasarkan bangunan kerajaan, balai polis dan pusat pemeriksaan.

"Laporan terbaru yang kami peroleh ialah anggota Taliban kini berada dalam bangunan perbandaran di pusat bandar raya Khost. Mereka dikepung oleh pasukan khas Amerika Syarikat dan pasukan keselamatan Afghanistan.

"Dua kereta meletup di luar pejabat gabenor serta ibu pejabat polis di bandar raya itu. Pertempuran sengit berlaku antara Taliban dan pasukan keselamatan Afghanistan," katanya.

Jurucakap tidak dinamakan itu berkata, Khost menjadi sasaran kerana kehadiran ramai tentera Amerika di situ.

Penyerang menahan beberapa tebusan dan bertahan dalam bangunan sebelum dibunuh askar tempatan dibantu tentera Amerika selepas beberapa jam.

Sementara itu, kumpulan Taliban semalam menolak dakwaan tentera Amerika bahawa mereka menggunakan senjata fosforus putih dalam peperangan.

Isnin lalu tentera Amerika berkata ia merekodkan 44 kejadian di mana penentang Afghan menggunakan atau memiliki senjata fosforus putih, ketika mengulas laporan Reuters minggu lalu mengenai mangsa pertama yang diketahui menjadi mangsa bahan kimia itu.

Tentera Amerika dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) mengakui pernah menggunakan bahan kimia itu – yang meledak menjadi api apabila terkena udara – bagi mewujudkan asap perlindungan, mengaburkan pandangan di medan peperangan atau memusnahkan bangunan kosong, tapi mereka menafikan pernah menggunakannya ke atas manusia.

Jurucakap Taliban, Qari Mohammad Yousuf, berkata pergerakan Islam itu tidak langsung menggunakannya.

Sementara itu di WASHINGTON, panglima tertinggi tentera Amerika di Afghanistan, Jeneral David McKiernan dipecat bagi memberi laluan kepada 'pemikiran baru' dalam peperangan tujuh tahun itu bertujuan menghentikan penentangan Taliban. – Reuters /AFP/Agensi

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Dunia/20090512224343/Article/indexworld_html

No comments:

Post a Comment