Sekelumit Rasa Sejernih Suasana

Wednesday, May 13, 2009

Serangan ke atas kem AS bunuh rakyat Afghanistan

KHOST: Penyerang bunuh diri menggunakan kereta meletupkan bom di luar sebuah kem tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam, membunuh tujuh rakyat Afghanistan dalam serangan kedua di bandar Khost dalam masa dua hari.

Pergerakan pemisah Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan itu dengan menyatakan pengebom adalah seorang daripada 30 yang berpecah di bandar timur yang turut menjalankan satu siri serangan Selasa lalu yang membunuh lebih sembilan rakyat Afghanistan.

Sekurang-kurangnya 11 penyerang terbunuh dalam kejadian kelmarin, kata Kementerian Pertahanan.

Letupan berlaku di sebuah pintu pagar di mana pekerja menanti untuk memasuki kem tentera besar Amerika Syarikat itu yang dipanggil Salerno, di pinggir bandar itu untuk memulakan kerja, kata seorang pemberita AFP.

“Seramai 21 rakyat tempatan cedera dan tujuh yang lain terbunuh,” kata pegawai tentera, April Campbell kepada AFP di kem utama Amerika Syarikat di Afghanistan di Bagram, utara Kabul.

Ketua polis wilayah Khost, Abdul Qayoum Baqizoi berkata: “Ia adalah sebutir bom kereta tetapi kami tidak mempunyai maklumat mengenai mereka yang maut setakat ini.” - AFP

Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Dunia/20090513231134/Article/indexworld_html

No comments:

Post a Comment