Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Sunday, April 26, 2009
Kejayaan awal Afghanistan memerangi dadah
SEORANG anggota polis anti-narkotik Afghanistan melontar sebungkus kotak berisi dadah yang dirampas ke dalam unggun api pada acara memusnahkan 6 metrik tan pelbagai jenis najis dadah yang dirampas dalam operasi sejak empat bulan lalu di luar Kabul, semalam.- AFP
KABUL 26 April - Pasukan keselamatan anti-dadah Afghanistan memusnahkan 6 metrik tan dadah dan bahan kimia bagi membuatnya dalam unggun api yang menjadi simbol kepada kejayaan negara itu dalam memerangi industri penanaman popi ganja dan heroin.
Dadah-dadah tersebut, yang dibakar di luar Kabul, telah dirampas oleh pihak berkuasa dalam tempoh tiga hingga empat bulan lalu, kata Menteri Anti Narkotik Afghanistan, Jeneral Khodaidad.
Ini adalah kejayaan besar dalam memerangi keganasan, terhadap orang yang mengeluarkan pokok popi. Hasil daripada popi lazimnya diguna bagi menyokong keganasan di negara ini,'' ujarnya.
Puak Taliban dan lain-lain ketua puak mungkin telah meraih hasil hampir setengah bilion dolar daripada perdagangan dadah Afghanistan pada tahun lalu, menurut Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah.
Khodaidad mengakui bahawa dadah yang dibakar itu hanyalah sekelumit daripada industri dadah yang besar di negara itu.
Laporan PBB tahun lalu, menganggarkan negara itu mengeluarkan 7,000 metrik tan ganja dengan nilai eksport dianggarkan AS$3.4 bilion (RM11.9 bilion). - AP
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0427&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm
Saturday, April 18, 2009
Mangsa gempa tunggu bantuan
PENDUDUK perkampungan Afghan mengusung mayat mangsa gempa bumi di wilayah Nangarhar, kelmarin.
Penduduk Nangarhar belum dapat khemah
MIR GADKHEL: Rakyat Afghanistan yang terselamat selepas gempa bumi melanda bahagian timur negara berkenaan terpaksa bermalam bersebelahan kesan runtuhan rumah dan dalam keadaan kesejukan kerana bantuan yang dijanjikan kerajaan masih belum tiba.
Dua kejadian gempa bumi menggegarkan kawasan dalam lingkungan beberapa puluh kilometer di barat Jalalabad pada malam Khamis lalu, menyebabkan sekurang-kurangnya 22 orang maut dan sebilangan lain cedera.
Kerajaan tempatan berkata, mereka sudah menghantar lebih 200 khemah dan kira-kira 600 selimut ke kawasan yang dilanda gempa itu sementara bantuan lain masih dalam perjalanan.
Namun, penduduk berkata, bantuan berkenaan tidak kelihatan menyebabkan mereka terpaksa bermalam di luar dalam keadaan ketakutan, dengan tujuh atau lapan lagi gegaran menyusul selepas gempa melanda.
“Ada beratus-ratus keluarga bermalam di luar dan keadaan begitu sejuk kerana hujan, anak kami demam dan kami belum menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan atau pihak lain setakat ini,” kata Del Agha yang kehilangan dua anak.
Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berukuran 5.5 pada skala Richter itu melanda kawasan berkenaan sebelum jam 2 pagi Khamis lalu, diikuti dengan satu lagi gegaran susulan berukuran 5.1 dua jam kemudian, mengakibatkan beberapa bangunan runtuh.
Penduduk terus menggali dengan tangan kesan runtuhan rumah mereka untuk mencari haiwan ternakan. Hingga tengah hari semalam, tiada petanda mengenai bantuan kecemasan tiba di perkampungan di Mir Gadkhel.
Jumlah kematian rasmi kerajaan di Kabul adalah 19 orang. Tetapi, Timbalan Ketua Majlis Wilayah Nangarhar, Mohammad Tahir Zahir, berkata beliau menghadiri sekurang-kurangnya 40 upacara pengebumian.
Daripada 71 mangsa cedera, 34 dalam kritikal, katanya.
Perkampungan itu terletak di Nangarhar, di antara Jalalabad dan Kabul, wilayah sering menjadi sasaran pejuang Taliban. - Reuters
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dunia/20090419020759/Article/index_html
Friday, April 17, 2009
21 maut ketika nyenyak tidur
PENDUDUK mencari barang yang boleh digunakan dicelah-celah runtuhan rumah mereka di daerah Nangarhar dalam kejadian gempa bumi di Sherzad. Berpuluh penduduk terkorban apabila gempa berukuran 5.5 skala Richter melanda timur Afghanistan, awal pagi tadi. - Foto Reuters
BHEZAD KHEIL: Dua gempa bumi yang menggegarkan timur Afghanistan pagi semalam, meruntuhkan rumah yang diperbuat daripada batu lumpur dan menghempap penghuninya yang sedang nyenyak tidur, mengakibatkan sekurang-kurangnya 21 orang terkorban.
Gempa itu sekuat magnitud 5.5, melanda empat perkampungan di kawasan berbukit di wilayah timur Nangarhar, kira-kira 50 kilometer dari sempadan Pakistan.
Shafiqullah dari kampung Bhezad Kheil berkata, 21 orang dikebumi dalam sebuah kubur, termasuk dua jirannya yang masih muda. Nijad, 10 dan Sima, 7, meninggal dunia apabila bumbung di bilik atas rumah mereka menghempap mangsa, kata Shafiqullah.
Gempa itu memusnahkan kira-kira 100 rumah di empat perkampungan di daerah Sherzad, kira-kira 90 kilometer di timur Kabul, kata jurucakap gabenor, Ahmad Zia Abdulzai.
Timbalan Ketua Majlis Wilayah Nangarhar, Mohammad Tahir Zahir, berkata 40 orang maut, manakala Ketua Pusat Bencana dan Persediaan Nasional, Abdul Mateen Edraak, berkata 18 orang disahkan maut, namun jumlah itu mungkin meningkat kerana lebih banyak mayat ditemui di sebalik runtuhan.
Penduduk di perkampungan Mir Gadkhel berkata, mereka menjangka berpuluh-puluh penduduk terbunuh.
"Tiga anggota keluarga saya maut dan tujuh lagi cedera. Saya fikir 40 orang maut, ratusan rumah musnah," kata Gul Mohammad dari perkampungan itu terletak 45 kilometer barat bandar Jalalabad.
Tidak jauh dari situ, seorang bapa meratapi seorang mayat anak perempuan dan dua anak lelaki. Berhampirannya, mayat seorang lelaki dan dua wanita.
"Saya sedang tidur apabila gempa berlaku. Kami keluar sekejap dan kembali ke rumah. Kemudian berlaku gegaran lain yang amat kuat. Bumbung runtuh dan membunuh abang dan dua anaknya," kata seorang budak, Amrullah.
Kira-kira 50 wanita memakai skaf hitam berkumpul di jalan sambil meratap.
Di Sar Kot, satu lagi perkampungan, wanita berkumpul di sekeliling mayat kanak-kanak, menangis dan memukul kepala mereka sebagai tanda kesedihan. Seorang jurukamera mengira kira-kira 10 mayat di kampung itu dan kira-kira 12 rumah musnah. - Reuters
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20090417234258/Article/indexworld_html
22 penduduk terbunuh di Afghanistan
BEBERAPA penduduk Afghanistan meninjau kerosakan akibat gemba bumi di daerah Sherzad, Afghanistan semalam.
SHERZAD - Dua gempa bumi menyebabkan 22 orang terbunuh di Afghanistan dengan mengakibatkan kawasan perkampungan dan kebanyakan rumah di sempadan Pakistan musnah, lapor pihak berkuasa tempatan semalam.
Gegaran gempa bumi itu berlaku pada tengah malam di daerah Khogyani dan Sherzad, Nangarhar yang menjadi lokasi anggota-anggota polis mencari mayat dan mangsa yang cedera di bawah runtuhan.
Proses mengebumikan mayat diadakan dalam suasana muram.
"Sebanyak 22 orang terbunuh dan 30 lagi cedera. Lebih 200 buah rumah musnah," kata seorang pegawai di daerah Khogyani, Haji Said Rahman.
Berikutan gegaran sederhana sekuat 5.5 dan 5.1 pada skala Richter pada kedalaman lapan kilometer dengan mudah menyebabkan rumah-rumah di kawasan itu yang dibina menggunakan lumpur roboh.
Proses pengebumian tiga wanita dan enam kanak-kanak dilakukan petang semalam mengikut cara Islam dan budaya masyarakat setempat.
Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyampaikan ucapan takziah kepada pegawai daerah dan ketua kampung di kawasan kejadian selain mengarahkan pihak berkuasa menyediakan bantuan kecemasan secepat mungkin kepada mangsa-mangsa.
Pegawai Badan Pengurusan Bencana, Ahmad Shekib Hamraz berkata, kira-kira 350 hingga 400 haiwan ternakan ditemui mati dalam kejadian gempa yang berlaku itu. - AFP
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm
Afghanistan dilanda gempa bumi, 22 maut
KABUL 17 April - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban dan beberapa ratus rumah musnah apabila dua gempa bumi yang berlaku selang lebih dua jam menggegarkan timur Afghanistan awal pagi ini.
Kedua-dua gempa bumi itu menggegarkan daerah Khogyani di wilayah Nangarhar dekat sempadan Pakistan dan polis sedang melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan rumah yang dibuat daripada lumpur kering.
"Empat buah kampung rosak teruk akibat dua gempa bumi. Sejumlah 22 orang disahkan terbunuh dan 30 lagi cedera manakala lebih 200 rumah musnah," kata ketua daerah Khogyani, Haji Said Rahman.
Kementerian Dalam Negeri di Kabul mengesahkan angka kematian awal seramai 19 orang dan menyatakan polis mengetuai operasi menyelamat.
"Polis memulakan operasi awal pagi ini dan semua 19 mayat telah diambil oleh pihak polis.
"Operasi masih diteruskan dan runtuhan dialihkan bagi mencari mangsa yang terbunuh atau cedera," kata jurucakap kementerian itu, Zemarai Bashari.
Pegawai direktorat pengurusan bencana, Ahmad Shekib Hamraz berkata, ratusan rumah ranap dalam kejadian itu.
"Pusat gempa terletak 45 kilometer dari daerah Sherzad yang terjejas," katanya.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) melaporkan, dua gempa berukuran sederhana menggegarkan kawasan sempadan Hindu Kush di antara Afghanistan dan Pakistan pada awal pagi ini.
Satu gempa bumi 5.5 magnitud berlaku pada 1.57 pagi waktu Afghan (5.27 pagi waktu Malaysia) 85 kilometer ke tenggara Kabul dan 140 kilometer ke barat bandar Peshawar di Pakistan, menurut agensi AS itu.
Pusat gempa itu agak cetek, pada kedalaman lapan kilometer.
Kejadian itu disusuli lebih dua jam kemudian dengan gegaran susulan 5.1 magnitud pada kedalaman hanya tiga kilometer. - AFP
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_08.htm

Thursday, April 16, 2009
Pemimpin baru Nato musuh Islam
KABUL: Pejuang Taliban menyifatkan bakal ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang baru sebagai musuh besar umat Islam kerana beliau bertanggungjawab mempertahankan penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad SAW ketika menjadi Perdana Menteri Denmark.
Anders Fogh Rasmussen yang menyandang jawatan itu sehingga awal bulan ini dijadual dilantik sebagai Setiausaha Agung Nato yang baru bagi mengetuai 56,000 anggota pasukan antarabangsa untuk memerangi pergerakan Taliban di Afghanistan, Ogos depan.
Penyiaran kartun oleh akhbar di Denmark pada 2006 mencetuskan bantahan umat Islam di seluruh dunia, termasuk tunjuk perasaan berdarah di Afghanistan sehingga menyebabkan beberapa orang terbunuh.
Tetapi, Rasmussen tetap mempertahankan penyiaran kartun itu dengan alasan ia sejajar dengan kebebasan bersuara dan enggan memohon maaf kepada umat Islam.
Dalam satu rencana yang dikirim ke laman web Taliban (http://alemarah1.org/english/) kumpulan itu menekankan, pelantikan Rasmussen akan meningkatkan lagi semangat umat Islam menentang Nato dan akan memperhebatkan perang di Afghanistan.
“Musuh besar Rasul umat Islam dilantik Setiausaha Agung Nato,” kata rencana tanpa tarikh itu.
Turki, satu-satunya negara Islam yang menganggotai pertubuhan berkenaan menarik balik tindakan menggunakan kuasa veto terhadap pelantikan Rasmussen selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berjanji seorang timbalannya akan dilantik dari kalangan warga Turki.
Ankara berkata, pelantikan Rasmussen akan meningkatkan kebencian ke atas Barat di negara Islam termasuk Afghanistan, di mana tentera Nato menjalankan operasi terbesar dalam sejarah.
Pejuang Taliban kembali aktif sejak kebelakangan ini selepas diusir dari Kabul oleh tentera Afghanistan yang disokong Amerika.
Sementara itu, Presiden Afghanistan sendiri, Hamid Karzai, menuntut pemerintah tentera asing membabitkan askar Amerika dan Nato di negara itu, memberi penjelasan terhadap korban orang awam akibat serangan tentera Nato.
Enam orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh dan 14 lagi cedera kerana serangan udara Nato di wilayah Kunar, Isnin lalu.
Pegawai Afghanistan juga berkata, serangan tentera Amerika membunuh empat lagi orang awam di wilayah Khost, 8 April lalu.
“Jadi, Karzai meminta pemerintah tentera Nato di Afghanistan menjelaskan punca korban orang awam itu,” menurut kenyataan pejabat Presiden.
Karzai berunding dengan Jeneral David McKiernan di istana dalam satu pertemuan membincangkan keselamatan di Kabul.
“McKiernan menyatakan rasa kesal yang amat sangat atas korban orang awam di wilayah Kunar dan Khost, meskipun tentera Nato mengambil langkah berhati-hati,” menurut kenyataan pejabat Karzai.
Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa tentera Nato dan Amerika menyiasat setiap insiden dan mengaku bertanggungjawab.
“Tentera Nato meminta maaf kepada keluarga mangsa orang awam itu,” kata McKiernam yang dipetik pejabat Karzai. - AFP/Reuters
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Dunia/20090417003959/Article/index_html

Friday, April 10, 2009
Tentera Amerika mengaku bunuh bayi
SEORANG penduduk melihat mayat bayi yang terbunuh akibat serangan udara tentera Amerika di perkampungan Gurbuz, Khost.
KABUL: Tentera Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengaku empat orang yang dibunuh askarnya dalam satu serbuan bukan 'pejuang' selepas penduduk berkata mangsa adalah seorang ibu dan anaknya termasuk seorang bayi.
Pegawai dan saksi Afghanistan awalnya menuduh tentera membunuh penduduk awam dalam serbuan tengah malam kelmarin di wilayah Khost, tetapi tentera Amerika awalnya berkata membunuh 'empat pejuang.'
"Siasatan lanjut mengenai operasi tentera pakatan dan Pasukan Keselamatan Kebangsaan Afghanistan (ANSF) di Khost awal hari ini menunjukkan mangsa yang terbunuh dan cedera bukan musuh seperti dilaporkan sebelum ini."Pasukan tentera pakatan bekerjasama dengan pegawai Afghanistan dan anggota keluarga menyampaikan takziah dan memberi bantuan berikutan kejadian tragik itu," kata tentera dalam kenyataan sambil menambah siasatan diteruskan.
Kejadian itu adalah yang terbaru dalam siri kejadian membabitkan penduduk awam dibunuh atau cedera diserang tentera antarabangsa yang berada di Afghanistan untuk memburu pejuang Taliban dan al-Qaeda.
Ketua polis Khost yang bertanggungjawab dalam usaha menangani keganasan, cuma dinamakan Ghazuddin, memberitahu anggota tentera pergi ke kampung di luar Khost untuk memburu militan.
Mereka memanjat bumbung beberapa rumah untuk mengepung bangunan yang menjadi sasaran.
Penghuni sebuah rumah, dimiliki seorang kolonel Tentera Kebangsaan Afghanistan yang berkhidmat di tempat lain, menyangka mereka adalah pencuri, keluar dengan senjata dan melepaskan tembakan.
"Tentera Amerika membalas tembakan kerana menyangka mereka adalah militan," kata Ghazuddin. – AFP
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Dunia/20090411003131/Article/indexworld_html
Sunday, April 5, 2009
Karzai kaji semula isu jimak
KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai mengarahkan kajian semula terhadap undang-undang baru yang ditafsirkan sebagai menghalalkan suami untuk merogol isteri selepas ia dikecam seluruh dunia.
Undang-undang itu diluluskan oleh beliau bulan lalu bertujuan memperkenalkan peraturan keluarga di kalangan masyarakat Syiah yang mewakili kira-kira 10 hingga 20 peratus daripada keseluruhan 30 juta penduduk di Afghanistan.
Di bawah artikel mengenai kekerapan hubungan seks, suami diberi hak melakukan hubungan dengan isteri setiap Khamis malam Jumaat kecuali isteri sakit.
Yayasan Pembangunan untuk Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh undang-undang itu 'menghalalkan' isteri dirogol suaminya. � AP
Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Dunia/20090406081939/Article/indexworld_html

Subscribe to:
Posts (Atom)