KABUL 7 Mac - Presiden Afghanistan, Hamid Karzai hari ini mengumumkan pilihan raya presiden akan diadakan mengikut jadual pada 20 Ogos ini.
Beliau menarik balik keputusannya pada minggu lalu untuk mengadakan pilihan raya tersebut lebih awal pada bulan depan.
Hamid memberitahu satu sidang akhbar di sini bahawa beliau menerima cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya supaya pemilihan itu diadakan mengikut tarikh asal pada Ogos ini.
Hamid sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila beliau mengeluarkan perintah untuk mengadakan pilihan raya itu lebih awal pada 20 April ini.
Beliau kemudian menghadapi tekanan hebat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Afghanistan yang lain yang menyokong tarikh yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Suruhanjaya itu berpendapat adalah mustahil untuk mengadakan pilihan raya dalam masa beberapa minggu lagi memandangkan masalah keselamatan di negara ini sangat besar.
Hampir lima juta penduduk Afghanistan, 32 peratus daripadanya wanita, didaftarkan sebagai pengundi pada pilihan raya presiden yang kedua diadakan di negara ini di bawah sistem yang memberi hak mengundi kepada rakyat dewasa yang layak. - AFP
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0308&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_07.htm
Sekelumit Rasa Sejernih Suasana
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment