Obama menyampaikan ucapan sulung selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 di bangunan Capitol,
KABUL 21 Jan. - Pergerakan Taliban mahu Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Obama belajar daripada kekalahan Kesatuan Soviet di Afghanistan dan mengundurkan askar AS bagi membolehkan rakyat Afghan menentukan nasib mereka sendiri.
Jurucakap Taliban menyuarakan pendirian pergerakan itu kepada AFP hari ini selepas Obama mengangkat sumpah sebagai
"Kami tidak ada masalah dengan Obama. Bagaimanapun beliau mesti belajar daripada kesilapan bekas Presiden George W. Bush dan Kesatuan Soviet sebelum itu," kata Yousuf Ahmadi menerusi telefon.
Mujahidin Afghan mengusir tentera Soviet dari negara ini pada 1989 selepas perang selama 10 tahun.
Taliban mendakwa perang tersebut mempunyai persamaan dengan perjuangannya sekarang menentang kerajaan Afghan yang bertahan dengan bantuan AS dan sekutu antarabangsanya.
Selepas konflik bertambah marak pada tahun lepas, pentadbiran baru Obama dijangka mengalihkan fokusnya dari
Yousuf bagaimanapun berkata, AS hendaklah berhenti "membuat anak- anak mudanya menderita di
"Kami sebuah negara bebas seperti mereka. Mereka datang ke sini untuk menentukan nasib kami.
"Itu tidak mungkin kerana kami rakyat Afghan mahu menentukan nasib kami sendiri," kata Yousuf. – AFP
Sumber :
No comments:
Post a Comment